In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

"And when I am ill, it is He Who cures me" Ash-Shu'araa 26:80

Thursday, November 25, 2004

Abu Ahmad dan Abu Ammar: Satu Matlamat Dua Cara

assalamualaikum warahmatullah & hi

an interesting article comparing the 2 'lates', Syeikh Ahmad Yassin and Yasser Arafat



Tahun 2004 merupakan tahun yang amat hitam dalam lipatan sejarah rakyat Palestin. Kehitamannya melebihi tarikh bala 14 Mei 1948 kerana penubuhan entiti haram Israel. Ianya lebih hitam dari tarikh peristiwa Deir Yassin 1948, penyembelihan Sabra dan Shatilla, Lubnan 16 September 1982 peristiwa masjid Ibrahimi 25 Februari 1994, Jenin 2003, malah lebih dahsyat dari tahun 2000 tatkala terletusnya intifada kedua di bumi Anbiya.

Tahun 2004 menjadi hitam bukan hanya kerana serangan tentera rejim Zionis ke atas Refah pada bulan Aril, dan juga bukan hanya kerana keganasan tentera rejim memasuki kem Jabaliyya dan membunuh lebih 100 rakyat awam Palestin dan merobohkan lebih daripada 60 buah rumah. Ianya menjadi hitam, sehitam malam yang tidak berbintang kerana gugurnya dua ikon perjuangan Palestin moden.

Abu Muhammad, ataupun lebih dikenali sebagai Ahmad Yassin pada 22 Mac kerana dibedil dengan tiga peluru berpandu tentera rejim Zionis, dan juga Yasser Arafat ataupun lebih dikenali sebagai Abu Ammar pada 11 November kerana sakit perut, yang disyaki telah diracun oleh agen Mossad Zionis.

Dua nama besar berhubung isu Palestin di millenium ini dikenali oleh esetengah masyarakat dunia sebagai wira rakyat Palestin. Pada segelintir yang lain, terutamanya bagi pendokong Zionisme dan juga rakyat-rakyat Amerika yang naif di Neshville, Detroit, Nevada dan mana-mana sahaja sebagai pengganas dunia moden.

Bagi golongan kiri dan juga golongan Islamis di serata dunia, mereka adalah ikon perjuangan kemerdekaan Palestin dan Baitul Maqdis, bagi golongan kanan dan juga imperialis, mereka adalah tokoh anti-establisment dan promoter keganasan di timur tengah. Walau apa pun persepsi dunia terhadap mereka, yang pasti kedua-dua tokoh ini mempunyai aura yang tersendiri di dalam lipatan sejarah isu konflik Israel-Palestin di masa mendatang. Kedua-dua nama tersebut akan tetap dipelajari, dijadikan modal untuk soalan-soalan periksa pelajaran sejarah Palestin, sejarah timur tengah, sejarah dunia dan juga pengajian politik kontemporer...

The rest of the article can be viewed here...

1 Comments:

At 2:17 pm, Anonymous Anonymous said...

Greetings from Carolina! I'm bored to tears at work so I decided to browse your blog on my iphone during lunch break. I love the info you provide here and can't wait to take a look when I get home.

I'm shocked at how quick your blog loaded on my cell phone .. I'm not even using WIFI, just 3G .
. Anyhow, excellent site!

my web site ... cheapest health insurance

 

Post a Comment

<< Home