In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

"And when I am ill, it is He Who cures me" Ash-Shu'araa 26:80

Friday, February 11, 2005

Kaji-Selidik Mengenai Tindakan JAWI Menyerbu Kelab Malam Pada 20 Januari 2005

assalamualaikum warahmatullah and hi to all...

i just came out with a survey concerning the subject above... this is an individually-created questionnaire, in which the results will be used to study more about the understanding and concern of malaysian youths towards what is happening in our home country... few variables and parameters have been identified... please take your time completing it, which i think can be done in less than 10 minutes... click here to view the questionnaire


Pendahuluan

Pada 20 Januari 2005, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita penahanan 100 pemuda dan pemudi beragama Islam di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur. Penahanan dibuat oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan dibantu oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Dang Wangi. Kebanyakan pemuda-pemudi tersebut ditahan di atas kesalahan berkelakuan tidak sopan.

Pelbagai persoalan diajukan berkenaan kejadian ini. Ada yang tidak bersetuju dengan cara para penguatkuasa JAWI mengendalikan kes tersebut, yang didakwa dipenuhi dengan kekasaran dan tiada sifat timbang rasa. Ada juga yang beranggapan bahawa serbuan ke atas kelab malam itu tidak sepatutnya dijalankan langsung. Namun begitu, masih ada pihak yang memuji tindakan JAWI dengan alasan mengamalkan 'amal maaruf dan nahi munkar'.


Penerangan

Dalam usaha untuk meneliti serta mengkaji pandangan dan pendapat dari sebahagian rakyat Malaysia mengenai peristiwa ini, maka borang soal-selidik ini telah diterbitkan. Kaji-selidik ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama, kaum, pendidikan atau lapisan masyarakat.

Diharapkan para peserta dapat mengambil bahagian dengan seikhlas mungkin. Nama serta butiran peserta yang bersifat terlalu peribadi tidak akan diambil. Bagi mereka yang ingin mendapatkan hasil interpretasi kaji-selidik ini bolehlah meminta maklum balas di alamat e-mail mamy2517@yahoo.com
Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang sudi untuk turut serta. Adalah menjadi harapan supaya kaji-selidik ini dapat disampaikan kepada kenalan-kenalan para peserta.


1 Comments:

At 9:46 am, Anonymous Anonymous said...

Assalamualaykum buff..salam ukhuwah dr bumu Germany..hehe nih aku ,fitri yang lepak umah ko arituh..skrg nih kat london..thanks..sbb bawak kiterang jenjln sumer.

dtglah germany..kedatangan korang sumer amat di alu-alukan..

http://muncung.blogdrive.com

 

Post a Comment

<< Home